fbpx

5 dihukum mati kes cabul kehormatan beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Sebuah mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas lima lelaki berhubung satu kes rogol beramai-ramai tahun 2012, membabitkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun.

Hukuman dijatuhkan oleh satu tribunal khas di daerah Tangail, wilayah tengah Bangladesh. Tribunal itu ditubuhkan untuk menguruskan kes-kes penderaan ke atas wanita dan kanak-kanak.

Pendakwa raya Nasim Ahmed berkata, teman lelaki mangsa membawanya ke satu kawasan tebing sungai iaitu lokasi kejadian rogol.

Mangsa dirogol teman lelaki bersama dua rakan lain. Dua individu lain membantu mereka melakukan jenayah rogol berkenaan.

“Semua lima (lelaki) didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati,” kata Nasim.

Sabitan itu adalah yang pertama selepas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina memperkenalkan hukuman mati untuk kesalahan rogol pada minggu ini.

Sebelum ini, pesalah jenayah rogol berkumpulan akan dihukum mati. Bagaimanapun, perbuatan rogol membabitkan satu pesalah cuma dipenjara seumur hidup, jika disabitkan kesalahan.

Hanya kira-kira tiga peratus kes rogol akan berakir dengan sabitan bersalah.

Sekurang-kurangnya 208 kes rogol berkumpulan dilaporkan sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, menurut Ain o Salish Kendra, seorang aktivis kumpulan hak asasi.

Bangladesh sudah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas 23 orang sejak 2013, manakala 1,718 lagi masih menunggu giliran untuk hukuman sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI