fbpx

106 warga JSJK Bukit Aman diarah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob diarahkan kuarantin kendiri susulan seorang pegawai bank yang menyertai mesyuarat bersama jabatan itu dilaporkan positif Covid-19.

Selain beliau, seramai 105 individu termasuk kakitangan awam yang bekerja di bahagian JSJK Bukit Aman di Menara KPJ turut diarahkan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Kosmo! berkata, 106 individu itu terdiri daripada 70 pegawai, 19 anggota dan 17 kakitangan awam.

“Kesemua mereka diarahkan kuarantin kendiri selama 14 hari susulan seorang pegawai bank yang hadir dalam mesyuarat di pejabat JSJK pada 5 Oktober lalu disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian.

“Sebaik mengetahui perkara itu, seramai 106 individu diarahkan jalani kuarantin kendiri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI