fbpx

Zamzamzairani bakal Pengerusi Maybank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Bhd. (TM), Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa diumumkan sebagai ahli lembaga pengarah dan Pengerusi Maybank yang baharu berkuatkuasa 2 November depan.

Beliau menggantikan Datuk Mohaiyani Shamsudin yang akan bersara pada 1 November.

Zamzamzairani memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi dari Plymouth Polytechnic, United Kingdom.

Berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi bermula di TM, beliau pernah memegang jawatan penting di beberapa syarikat multi nasional seperti Global One Communications dan Lucent Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

 

 

Pada tahun 2005, Zamzairani kembali ke TM sebagai Naib Presiden Kanan, Strategi dan Teknologi Kumpulan dan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Malaysia, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan pada 2008.

Beliau bersara dari TM pada 30 April 2017. 

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias ​​berkata, Zamzamzairani berpengalaman luas dalam sektor korporat dan membawa pengetahuan mendalam terutamanya dalam teknologi – aspek penting bagi menjana pertumbuhan dan kejayaan Maybank pada masa depan. 

“Kumpulan Maybank menantikan bimbingan dan kepemimpinannya dalam menempuhi persekitaran operasi yang mencabar dan meneruskan agenda pertumbuhan, dengan fokus khusus untuk memperkukuhkan kemampuan digital kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI