fbpx

Tindakan pantas LUAS elak pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang terbalik pagi tadi.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang tumpahan minyak daripada sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Larut, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lori konkrit tersebut terbabas memasuki sebuah saliran air yang mengalir ke Sungai Selangor.

LUAS menerusi kenyataannya berkata, sebanyak  lapan ‘oil boom’ dan 10 ‘absorbent pad’ segera diletakkan bagi mengawal dan menghentikan aliran minyak.

“Selain itu, kita telah mengambil persampelan di sekitar lokasi kemalangan tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

“Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut membantu menjalankan pemantauan serta siasatan bagi mengelak berlaku pencemaran sungai,” katanya.

LUAS memaklumkan kerja pengalihan lori tersebut telah selesai dijalankan pada pukul 3.40 petang.

Bagaimanapun kerja-kerja pembersihan dan proses menyedut minyak yang tertumpah masih dijalankan pihaknya sehingga kini.

“Langkah pantas ini sekaligus mengelakkan daripada berlakunya gangguan bekalan air kepada pengguna terutama di sekitar daerah ini,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI