fbpx

Slam mengharapkan mentari muncul lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN SLAM

Oleh OPIE SOFIA

TAHUN 2020 boleh dianggap sebagai tahun gerhana buat seluruh penduduk dunia. Satu pandemik menerjah dan kemudian gelap dirasakan meresap dalam kehidupan.

Hakikatnya, segala kegelapan tidak akan berterusan. Pasti ada cahaya muncul menyelamatkan keadaan.

Atas keyakinan sebegitu, bagai mengharapkan sinar lebih terang untuk tahun hadapan, Shiraz Projects dengan bangganya mempersembahkan konsert kumpulan legenda dan terkenal buat peminat konsert tempatan khususnya dengan Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang dijadualkan pada Januari depan.

ZAMANI SLAM

Menyenaraikan katalog lagu hit mereka, venue pilihan kali ini, Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur merupakan penambahan sejarah buat Slam mahu pun peminat tegar mereka.

Pastinya Dewan Plenari yang pertama kali akan dijejaki nanti bergema dengan lagu-lagu popular mereka pada 17 Januari tahun hadapan, pukul 8.30 malam.

Gabungan vokalis hebat Zamani bersatu dengan pemain-pemain instrument professional iaitu Shah di posisi gitar, Eddie (keyboard), Man (dram) dan Lili (bass) akan membawa khalayak mengimbau nostalgia masa lalu sewaktu membesar dengan lagu-lagu handalan mereka.

Pastinya setiap lagu akan disertai dengan nyanyian bersama para peminat kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1991 itu.

Optimis

Tiga puluh tahun dalam industri dengan laluan kenangan pahit dan manis bergelar anak seni, Slam sentiasa menghadiahkan persembahan bertenaga dan kaya bunyi bagi melengkapkan momen-momen indah buat semua peminat.

Malah buat anggota Slam, mereka sangat positif apabila dilamar Shiraz Projects untuk menjayakan konsert berkenaan pada tahun hadapan.

“Kami harap dapat kembalikan semula kegemilangan Slam dengan membawakan seleksi lagu hit yang pernah mengangkat nama kumpulan ini suatu masa dahulu.

“Konsert ini juga diharapkan sebagai permulaan untuk konsert-konsert mendatang,” ujar Shah mewakili Slam.

Ditanya tentang keyakinan untuk melaksanakan konsert pada fasa pertama tahun hadapan, Shiraz memberi jaminan.

“Saya jamin Shiraz Projects akan mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

“Pada masa sama kita sama-sama berharap agar apa yang dilalui ketika ini tidak bertambah teruk pada tahun depan.

“Sebarang maklumat tambahan atau sebagainya akan diumumkan Shiraz Projects,” ujar Shiraz yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects.

Slam pernah muncul dengan rangkaian konsert yang sentiasa meninggalkan kesan yang tersendiri buat peminat.

Untuk konsert kali ini, mereka mengatur persiapan lebih ekstra dan rapi.

ZAMANI (tengah) bersama (dari kiri) Shiraz, Shah, Eddie dan Man yang menjadi tulang belakang penganjuran Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang dijadualkan pada Januari 2021.

Batu loncatan

“Kalau sebut tentang kelainan, kami boleh katakan susunan muzik akan lebih mantap.

“Untuk konsert kali ini juga, kami akan menggunakan teknologi moden dengan menyelaraskan visual dan teknik pencahayaan.

“Rasanya ini merupakan batu loncatan untuk Slam memberikan satu perkara baru untuk peminat,” ujar Shah.

Tambah Shah lagi, banyak perancangan sebelum ini sudah terkandas.

Jadi, rencana konsert pada Januari nanti akan menjadi sebuah pengenalan semula bahawa Slam serius mahu kembali memeriahkan industri muzik tanah air, sekali gus sebagai hadiah atas sokongan peminat selama ini.

Konsert Slam Mentari Muncul Lagi menawarkan tiket berharga RM700, RM360, RM260, RM200, RM160 dan RM130.

Sebarang keterangan atau informasi tiket, boleh layari www.myticket.asia.

Maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi laman sosial Slam dan Shiraz Projects untuk sebarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI