fbpx

Sarah Hildebrand kongsi gambar tidak berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah Hidebrand berkongsi sekeping foto bersama suaminya dalam keadaan tidak memakai hijab sehingga mengundang kecaman oleh netizen.

KUALA LUMPUR – Pelakon Sarah Hildebrand mengundang teka-teki dalam kalangan netizen selepas dia memuat naik sekeping foto bersama suaminya, Otto Gillen di laman Instagramnya dalam keadaan tidak memakai hijab sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon berusia 30 tahun itu tidak memberikan sebarang kapsyen, sebaliknya sekadar meletakkan nama akaun Instagram suaminya, @otto.gillen.

Tindakan pelakon yang pernah membintangi drama Pujaan Hati Kanda itu ternyata tidak disenangi peminatnya apabila rata-rata menegur perbuatannya kerana mendedahkan aurat.

“Sarah kenapa awak menunjukkan rambut awak kepada umum?” komen salah seorang pengguna Instagram.

Seorang lagi peminatnya memberitahu, sepatutnya Sarah tidak perlu berkongsi gambar ketika dia tidak memakai hijab kerana boleh mengundang fitnah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa andaian oleh netizen mengatakan bahawa berkemungkinan foto yang dikongsikan pelakon itu adalah foto lama yang dimuat naik semula.

Terdahulu, Sarah telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh kira-kira lima tahun lalu iaitu sejak 2015.

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan pilihannya, yang juga merupakan seorang muallaf berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 2019. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI