fbpx

Politik negara perlu distabilkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa.

KUALA LUMPUR- Kestabilan politik negara sewajarnya menjadi keutamaan UMNO, selain mengekang pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain menjamin perkara tersebut, ketiga-tiga parti orang Melayu iaitu UMNO, PAS dan PPBM bertanggungjawab memperkuatkan perpaduan Melayu yang menjadi asas kestabilan politik negara.

“Tidak salah untuk UMNO, PPBM dan PAS kembali ke ‘drawing board’ politik agar kita dapat melakar sesuatu yg lebih baik untuk Malaysia.

“Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak.Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yg boleh menimpa rakyat dan negara kita,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, UMNO mempunyai asas tertentu yg menyebabkan parti berkenaan mahu mengkaji semula kedudukannya dlm kerajaan Perikatan Nasional.

“UMNO dan Barisan Nasional berhak menyemak kedudukannya dari semasa ke semasa dan tidak mustahil melalui semakan itu, kerajaan PN boleh diperkasana lagi menerusi muafakat yang lebih tersusun, lebih bersefahaman,” jelas beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI