fbpx

PM menghadap Agong untuk sesi pra-Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sesi menghadap secara sidang video yang dimuat naik oleh Muhyiddin di laman Facebooknya.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah untuk mesyuarat pra-kabinet menerusi sidang video.

Beliau memuat naik beberapa keping gambar persidangan itu menerusi laman Facebook miliknya.

Ini berikutan beliau masih menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari atas nasihat Kementerian Kesihatan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri disahkan positif Covid-19.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang juga diadakan secara sidang video.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah beberapa kali mengadakan persidangan video bersama Seri Paduka Baginda semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI