fbpx

Penyelia projek mengaku tidak bersalah liwat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penyelia projek mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan melakukan seks luar tabii liwat terhadap isteri keduanya di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Seorang penyelia projek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seks luar tabii iaitu meliwat isteri keduanya antara November tahun lalu hingga 5 Oktober ini.

Tertuduh yang berusia 58 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa meliwat isterinya yang berusia 33 tahun kira-kira pukul 9 malam di sebuah rumah di Kampung Guar Syed Alwi di sini pada November tahun lalu.

Lelaki yang mempunyai tiga orang anak dengan mangsa didakwa mengulangi perbuatan sama kira-kira pukul 9 malam pada 11 September lalu; 9.30 pagi, 30 September lalu; 9.30 pagi pada 3 dan 4 Oktober lepas serta pukul 8.40 malam pada 5 Oktober lalu di Taman Kemajuan di sini.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh tanpa kerelaan mangsa.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 November depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI