KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu dalam usaha memerangi ‘musuh’ iaitu wabak Covid-19.
Katanya, semua pihak tidak seharusnya berpecah-belah apabila perjuangan menentang wabak itu masih belum berakhir.
“Kita masih belum tewas, Kementerian Kesihatan tidak mampu melakukannya bersendirian, kami memerlukan semua rakyat Malaysia untuk bersatu-padu melindungi diri masing-masing, keluarga dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian di laman Facebooknya sebentar tadi. – K! ONLINE