fbpx

MFL tangguh saingan Piala Malaysia 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 25 Oktober ini terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan PKPB akibat Covid-19.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan kejohanan bola sepak berprestij, Piala Malaysia ditangguhkan ke November berikutan situasi semasa penularan pandemik Covid-19 yang me­landa negara ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, undian saingan Piala Malaysia bakal diadakan pada 1 November, manakala sepak mula saingan Piala Malaysia yang pada awalnya dijadual bermula pada 25 Oktober terpaksa dipinda ke tarikh baharu iaitu 6 November 2020.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Se­langor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama dua minggu bermula hari ini hingga 27 Oktober depan.

“Buat masa ini, saingan Piala Malaysia masih diteruskan dan pindaan tarikh ini adalah selari dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Kese­lamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menetapkan tiada sebarang aktiviti sukan berlangsung dalam situasi Covid-19 khususnya di kawasan atau negeri menjalani PKPB.

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan Piala Malaysia 2020 memandangkan format baharu tiada saingan peringkat kumpulan.

“Apa yang pasti, MFL akan sentiasa memantau perkemba­ngan terkini mengenai situa­si Covid-19 melalui hubungan dengan KBS dan KKM dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyata­an semalam.

Sementara itu, Ab. Ghani turut mengesahkan aksi Liga Super di antara Sabah dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam dan aksi Liga Premier antara Kuala Lumpur menentang Kuching FA bakal dilangsungkan pada 31 Oktober 2020.

“Perubahan kalendar ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan di antara tiga dan empat hari. Saya harap agar semua pemain dan pegawai terus mematuhi SOP (prosedur operasi standard) bagi melancarkan perjalanan saingan Liga M,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI