fbpx

Mayat wanita ditemui dengan kesan lebam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita ditemui di tepi jalan di Kampung Sri Aman, Subang Jaya.

SUBANG JAYA – Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan lebam pada muka dan badan di tepi jalan di Kampung Sri Aman, Bukit Puchong di sini semalam.

Mayat wanita itu ditemui seorang pelajar kolej yang melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 7.03 pagi sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an dan dipercayai warga asing berdasarkan tatu yang dimiliki serta tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

“Pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati ada kesan lebam pada muka, tangan dan belakang badan mangsa,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, pihak forensik juga tidak menemui sebarang bahan bukti di lokasi kejadian.

“Tiada luka luka yang menjurus kepada punca kematian dan mayat dihantar ke Hospital Serdang bagi pemeriksaan Covid-19 sebelum dibedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI