fbpx

Lelaki 67 tahun bermain dalam liga Serbia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOSNIC (kiri) beraksi semasa perlawanan bola sepak di Medja, Serbia pada 27 September lalu. - AFP

MEDJA, Serbia – Warga Serbia, Dragisa Kosnic adalah ‘kaki bola’ sebenar kerana di sebalik usianya yang mencecah 67 tahun, dia belum terfikir untuk bersara.

Kosnic bermain dalam liga bola sepak rasmi Serbia dan perlu menjalani ujian kesihatan bagi memeriksa tahap kecergasannya sebelum permulaan musim.

Lelaki itu berkata, dia tidak tahu jika masih ada pemain bola sepak yang menyamai usianya.

“Rakan-rakan sepasukan saya cukup muda, malah sebaya dengan cucu saya,” katanya.

Kosnic yang lebih dikenali sebagai Kole, bermain untuk pasukan bandar kelahirannya, Proleter Meja di timur laut Serbia. Kelab itu berada dalam divisyen keenam liga Serbia.

Warga emas itu berkata, dia pertama kali bermain dalam liga bola sepak pada tahun 1968.

“Saya bermain dengan ‘membaca permainan’. Saya tahu bila saya perlu berlari, berhenti atau memecut supaya saya dapat menyimpan tenaga,” katanya.

Kosnic bermain pada posisi pemain tengah bertahan.

Lelaki itu tinggal di Kampung Medja di rumah sama di mana dia dilahirkan.

Kosnic menerima pencen kurang AS$153 (RM634) sebulan dan turut memelihara beberapa ekor kambing dan biri-biri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI