fbpx

Lebih 14 juta tan metrik mikroplastik di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENCEMARAN plastik di laut membahayakan hidupan, sekali gus mengurangkan populasi haiwan marin. – Gambar hiasan

SEBELUM ini, banyak kisah yang didokumentasi mengenai pembuangan plastik di laut boleh mencemar serta membahayakan hidupan marin.

Pencemaran plastik di laut berlaku di seluruh perairan di dunia termasuk di wilayah paling terpencil di Bumi seperti di Antartika.

Satu kajian daripada Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO), sebuah agensi kerajaan Australia dan diterbitkan dalam jurnal Frontier in Marine Science menerangkan tentang permasalahan plastik yang mana dianggarkan lebih 14 juta tan metrik mikroplastik berada di dasar lautan.

Jumlah itu lebih 35 ganda banyak plastik yang dipercayai terapung di permukaan laut.

Penyelidik mengatakan, mikroplastik yang berada di dasar laut ini beransur-ansur menjadi serpihan kecil iaitu sekitar 5 milimeter.

Dengan menggunakan kapal selam robotik, pasukan pengkaji berjaya mengumpulkan sampel di dasar laut sedalam 3,000 meter di enam lokasi berbeza.

Wakil daripada CSIRO, Justine Barret yang memimpin kajian tersebut menjelaskan, pencemaran plastik yang berlaku di lautan akan berakhir sebagai mikroplastik.

“Hasil kajian yang dilakukan, kami mendapati mikroplastik akhirnya tenggelam ke dasar laut dan mencemari persekitarannya,” jelasnya.

Para saintis menjelaskan, plastik menjadi salah satu cabaran persekitaran.

Dianggarkan sekitar 710 juta tan metrik plastik bakal mencemarkan alam sekitar pada tahun 2040.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI