fbpx

Kakitangan TH Kota Kinabalu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan TH Kota Kinabalu disahkan positif Covid-19 hari ini. - Foto: Ivan Amirul

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU- Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan media mengesahkan terdapat seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 hari ini.

Dalam kenyataan itu, kakitangan berkenaan sudah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 8 Oktober lalu dan baru didapati positif dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Bagaimanapun, pihak TH sudah menutup semua cawangannya di Sabah bermula 7 Oktober sebaik menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) daripada kerajaan negeri.

TH memaklumkan semua individu yang dikenal pasti kontak rapat dengan pegawai yang dijangkiti wabak berkenaan sudah diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, TH juga memaklumkan pihaknya bakal melaksanakan sanitasi fi kawasan ibu pejabat TH Kota Kinabalu dan bekerjasama rapat bersama KKM dengan mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada warga kerja lain juga pendeposit yang berurusan di kaunter TH.

Sementara itu, TH dalam kenyataan sama berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan warga kerja serta pendeposit.

Semua orang awam khususnya pendeposit yang berurusan di Bangunan Pejabat TH diminta sentiasa mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di semua pintu masuk dan kaunter TH. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI