fbpx

Janda melacurkan diri didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas dituduh di Mahkamah Majistret Melaka di sini hari ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang wanita berstatus janda didenda RM3, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah melacurkan diri dengan mencari langganan melalui aplikasi ‘MiChat’ pada minggu lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun itu sebaik sahaja dia membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu didapati mencari langganan bagi maksud persundalan kira-kira pukul 6.40 petang di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya pada 8 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, tertuduh didapati membuat tawaran seks melalui aplikasi Michat dengan menggunakan nama ‘Tina FL’ dan menawarkan bayaran serendah RM150.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman rendah diberikan dengan alasan dia perlu menanggung kedua ibu bapanya yang uzur.

Bagaimanapun pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari meminta hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Muhammad Nazrin kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3, 000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar denda. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI