fbpx

Hilang tekanan melihat haiwan comel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIWAN comel seperti anak kucing dapat mengurangkan tekanan yang dialami seseorang. – Gambar hiasan

MELIHAT dan menatap haiwan yang comel sebenarnya baik untuk kesihatan seseorang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Leeds, England dengan kerjasama Unit Pelancongan Australia Barat terdapat bukti yang menunjukkan bahawa dengan melihat haiwan yang comel, menyumbang kepada pengurangan tekanan dan kegelisahan seseorang.

Kajian tersebut menunjukkan bagaimana dengan melihat gambar dan video haiwan comel selama 30 minit mempengaruhi tekanan darah, degupan jantung dan juga kegelisahan.

Dr, Adrea Utley daripada Universiti Leeds mengumpulkan 30 minit montaj haiwan comel untuk kajian berkenaan.

“Ada beberapa anak kucing, anak anjing dan anak gorila serta anak quokka yang terlibat dalam kajian ini.

“Keputusan yang kami terima amat menakjubkan sekali,” ujarnya.

Kajian itu telah disertai oleh 19 orang yang melibatkan 15 pelajar dan empat tenaga pengajar dan dilakukan ketika mereka berhadapan dengan peperiksaan.

Kajian tersebut telah menyaksikan tekanan darah, degupan jantung dan kegelisahan menurun pada peserta setelah 30 minit menonton montaj video haiwan berkenaan.

Tekanan darah rata-rata peserta juga turun daripada 136/88 kepada 115/71 sewaktu menonton video itu.

Kadar denyutan jantung juga secara purata turun menjadi 67.4 bpm dan ia mencatatkan penurunan sebanyak 6.5 peratus, manakala kadar kegelisahan turun sebanyak 35 peratus.

“Saya sangat terkejut bahawa setiap sesi ketika kajian ini dilaksanakan tekanan dan kegelisahan peserta semakin berkurang.

“Mereka juga berasa kurang cemas setelah melihat haiwan comel tersebut,” ujar Utley.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI