fbpx

Empat lelaki ditahan curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran (kanan) menunjukkan sejumlah kabel yang dirampas.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Polis telah menahan empat lelaki yang disyaki mencuri kabel telekomunikasi di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Dengkil pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan dibuat susulan laporan yang diperoleh daripada pengadu mendapati ada gangguan talian telekomunikasi.

“Hasil pemeriksaan pengadu mendapati beberapa kabel telah dipotong pada 8 Oktober lalu lebih kurang 10 malam.

“Berikutan laporan yang diterima, keesokan harinya, sepasukan polis dari Balai Polis Dengkil telah membuat tangkapan seramai empat lelaki di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Dengkil.

“Hasil tangkapan suspek yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu telah berjaya membuat rampasan, tiga guni warna putih yang mengandungi pelbagai jenis kabel yang dianggarkan bernilai RM500,000 dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y125,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, daripada tangkapan itu, polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes curi kabel di kawasan Sepang dan tindakan susulan masih lagi dalam siasatan.

“Kes akan siasat di bawah Seksyen 379/431 A Kanun Keseksaan,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI