fbpx

Dua penganggur didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Nurashid (baju merah) dan Mohd. Zailani (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dakwaan menerima suapan wang tunai berjumlah RM37,000 lima tahun lalu. Foto BAZLAN IBRAHIM

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang mengaku sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima suapan wang tunai bagi membantu menutup kes syarikat yang didakwa mencuri bekalan elektrik pada lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Amir Nurashid Ahmad Nasaruddin, 42, dan Mohd. Zailani Mat Zin, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Amir Nurashid didakwa atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan wang tunai sebagai dorongan untuk menutup kes syarikat Riverbank Fruit Paradise Sdn. Bhd. yang kononnya mencuri bekalan elektrik TNB.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Amir Nurashid didakwa meminta suapan berjumlah RM20,000 dan RM17,000, masing-masing pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang pada 19 Oktober 2015.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, dia bersama rakannya, Mohd. Zailani didakwa menerima wang tunai berjumlah RM17,000 daripda syarikat berkenaan pada pukul 4 petang, 26 Oktober 2015.

Kedua-dua tertuduh yang kini tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi berasingan sekitar bandar raya ini.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 (1)(C) Akta SPRM 2009.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM15,000 terhadap kedua-dua tertuduh manakala tarikh sebutan semula kes pada 17 November depan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI