fbpx

Datuk Seri, 2 polis direman 21 hari bawah POCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan dua anggota polis direman selama 21 hari di Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini hingga 3 November depan.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia 34 hingga 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S.Mageswary di bawah Akta pencegahan jenayah POCA Seksyen 4 (1)(a) 1959.

Terdahulu peguam Loi Yap Loong dan Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili ketiga-tiga suspek memohon mahkamah membenarkan anak guamnya ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Permohonan itu dibuat atas alasan masalah kesihatan termasuk memudahkan proses siasatan.

Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin tidak membantah dengan permohonan tersebut.

Isnin lalu, media melaporkan tiga individu termasuk dua anggota polis, yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes perjudian Macau Scam, akan ditahan semula bagi membantu siasatan satu kes perjudian di Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Pada 3 Oktober lalu, media turut melaporkan seorang  individu bergelar Datuk Seri akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Selain suspek, tiga ahli perniagaan akan direman berkaitan kes sama selepas lima individu bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM.

Selain itu beberapa selebriti tanah air juga kini sudah berada di dalam ‘radar’ perhatian SPRM yang dikatakan mempunyai kaitan dengan mereka.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI