fbpx

Bottas sudah hampir berputus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTTAS gagal meraih sebarang mata pada saingan GP Eifel selepas jenteranya berdepan masalah mekanikal. – AFP

NURBURG – Pelumba pasukan Mercedes, Valtteri Bottas mengakui semakin sukar untuk mengejar rakan sepasukan, Le­wis Hamilton dalam perebutan gelaran dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Pada perlumbaan Grand Prix (GP) Eifel di Litar Nurburgring Ahad lalu, pelumba kelahiran Finland itu gagal menamatkan saingan apabila jenteranya berdepan masalah teknikal.

Justeru, dia kini jauh ketinggalan dengan Hamilton dalam senarai kejuaraan dunia apabila dibezakan 69 mata, sekali gus menyebabkan Bottas mula putus asa.

“Ia sangat mengecewakan tetapi saya tidak mampu untuk buat apa-apa pada ketika ini. Sebenarnya saya ada peluang yang cukup tinggi untuk memenangi perlumbaan tersebut.

“Kemudian, jentera berdepan masalah tayar dan enjin. Saya sangat kecewa dan sukar untuk dipercayai kerana ketika itu saya sedang mendahului perlumbaan,” luah Bottas.

Justeru, dia menganggap ha­nya keajaiban mampu membantunya menjulang kejuaraan dunia musim ini dengan saingan berbaki enam perlumbaan lagi.

“Saya tahu perbezaan mata dengan Lewis (Hamilton) sangat jauh dan saya perlukan keajaiban. Apa yang penting, saya perlu terus bekerja keras,” katanya.
–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI