fbpx

Bank kekal berdaya tahan terhadap kejutan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bank di negara ini dijangka  terus berdaya tahan terhadap potensi kejutan ekonomi dan kewangan akibat pandemik, demikian menurut Tinjauan Kestabilan Kewangan – Separuh Pertama Tahun 2020 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam.

Menurut bank pusat, walaupun perolehan menurun dengan ketara pada separuh pertama 2020, penampan modal dan mudah tunai yang dipegang institusi kewangan kekal tinggi.

“Berikutan jangkaan bahawa prospek ekonomi akan lebih mencabar, bank-bank mengambil langkah tambahan untuk mempertingkatkan penampan mereka, termasuk langkah pengekalan modal.

“Seiring pelaksanaan piawaian kecukupan modal, mudah tunai dan pengurusan risiko yang kukuh sejak beberapa tahun lalu, langkah ini memelihara keupayaan bank untuk terus menyokong pemberian bantuan bersasar kepada
peminjam dan aliran kredit kepada sektor benar,” katanya.

Selain itu, BNM menjelaskan dalam laporan berkenaan, pelbagai langkah yang diperkenalkan  dengan kerjasama
industri telah memainkan peranan penting dalam membantu individu dan perniagaan menghadapi tempoh sukar sekarang.

Tambahnya, peralihan daripada pemberian moratorium secara menyeluruh kepada langkah bantuan bayaran balik pinjaman secara lebih bersasar akan terus memberikan bantuan sementara kepada peminjam yang berdaya maju namun masih menghadapi kesukaran.

“Pada masa sama, ia juga memberikan gambaran prestasi pinjaman bagi bank-bank yang lebih baik.

“Ini merupakan syarat penting untuk mengurangkan penghindaran risiko dan menggalakkan penawaran kredit bagi menyokong pemulihan ekonomi,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI