fbpx

Aidil terhangat di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak didakwa menjadi rebutan sekurang-kurangnya li­ma pasukan dalam Liga Malaysia bagi mengharungi musim depan.

Menurut sumber, ada antara pasukan tersebut yang telah membuat tawaran awal bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang mendapatkan khidmat jurulatih berasal dari Singapura itu.

“Dua daripada pasukan itu berpangkalan di Lembah Klang, manakala tiga yang lain datang dari utara, pantai timur dan selatan tanah air.

“Masing-masing nampak serius mahu mendapatkan khid­mat Aidil, namun salah satu pasukan tersebut dikatakan telah membuat tawaran paling awal kepada jurulatih itu untuk dipertimbangkan,” katanya.

Difahamkan, lima pasukan tersebut ialah Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, Aidil turut mendedahkan yang beliau pernah menerima dua tawaran dari Indonesia dan satu dari tanah kelahirannya, Singapura.

Sementara itu, Aidil ketika dihubungi semalam memaklumkan, beliau masih menanti kata putus daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi membincangkan mengenai ma­sa depannya bersama pasukan itu.

“Sejujurnya Kedah masih menjadi pilihan nombor satu saya. Sebabnya cukup mudah iaitu para pemain dimiliki, ke­terujaan para penyokong serta cinta saya kepada bandar raya ini.

“Mengenai tawaran daripada pasukan lain untuk mengha­rungi musim depan, itu saya sendiri belum pasti.

“Saya serahkan segalanya kepada ejen yang menguruskan tawaran berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI