fbpx

19 terselamat, lima rumah papan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana panik penghuni apabila rumah mereka terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Asam Kumbang Laut, di Benut, di Pontian, malam tadi. Foto MUHAMAD ZIKRI

Oleh MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN – Tindakan pantas seorang penghuni menjerit selepas menyedari kebakaran berlaku telah menyelamatkan 18 mangsa yang lain dalam kejadian di Kampung Asam Kumbang Laut, Benut di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 8.05 malam itu, kesemua 19 mangsa tidak mengalami kecederaan selepas mereka keluar pantas menyelamatkan diri.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.56 malam.

Katanya, seramai 26 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian dan Rengit serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Benut dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota kebakaran melibatkan lima buah rumah papan. hampir 80 peratus struktur rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 4,572 meter persegi musnah dalam kebakaran tersebut.

“Bagaimanapun, semua 19 penghuni lima buah kediaman tersebut selamat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira satu jam dan operasi ditamatkan pada pukul 10.28 malam.

“ Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI