fbpx

Tuah tidak sebelahi The Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC tetap berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya ketika tewas kepada Kedah 2-3 di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

PASUKAN Perak sudah beraksi bermati-matian, namun nasib tidak menyebelahi skuad The Bos Gaurus itu apabila akur de­ngan kekalahan 2-3 kepada Kedah pada aksi penentuan naib juara Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Ketua jurulatih Perak, ­Mehmet Durakovic bagaimanapun me­nerima kekalahan tersebut de­ngan hati terbuka kerana me­nyedari keazaman tinggi pa­sukan lawan untuk memburu kemenangan.

“Tahniah saya ucapkan kepada­ Kedah atas kejayaan mereka. Perlawanan ini nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan sering mencipta peluang me­lakukan jaringan, namun Kedah berjaya menjaring satu gol lebih berbanding kami,” kata Durakovic selepas tamat perlawanan kelmarin .

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 pada waktu rehat selepas Kpah Sherman dan Fazrul Daniel meletakkan Kedah di hadapan sebelum tuan rumah memadam kelebihan itu menerusi dua jaringan, Leandro Dos Santos.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada anak-anak buahnya saya kerana memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan. Saya tidak boleh meminta lebih daripada itu,” katanya.

Pada masa sama, jurulatih dari Australia itu juga terpaksa akur dengan pencapaian Perak yang berada di kedudukan keempat liga selepas dipintas pada saat-saat akhir oleh pasukan Terengganu FC.

Durakovic turut menganggap, ia pencapaian baik kerana sebelum musim bermula, Perak diramalkan menduduki tangga keenam berdasarkan pasukan tersebut yang tidak berbelanja besar musim ini.

“Tiada yang memberi harapan tinggi buat kami kerana tidak berbelanja besar. Malah, “Kami kehilangan tiga tonggak utama seperti Brendan Gan, Nasir Basharuddin dan Norhakim Hassan musim ini hingga me­nimbulkan keraguan terhadap ke­upayaan pasukan.

“Bagaimanapun, pemain yang menggantikan mereka berjaya menggalas tugas dan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI