fbpx

Tiga SJR baharu di Klang Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi SJR dan penutupan jalan baharu di Klang Selatan

NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Polis Klang Selatan akan mengadakan tiga sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam nanti.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga SJR tersebut melibatkan Persiaran Kota (susur keluar Majlis Perbandaran Klang); Batu 2, Jalan Langat (arah Banting berhadapan Indah Water Konsortium) dan Jalan Datuk Mohd Sidin.

“Pada masa sama, dua penutupan jalan turut dilakukan dan ia akan dipantau polis 24 jam.

“Jalan berkenaan adalah Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Kelana dan Jambatan Raja Muda Nala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Amar menegaskan enam SJR dan penutupan jalan yang dihebahkan bermula Khamis lalu ditamatkan serta merta.

Kesemua enam SJR itu adalah di Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah), Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart) di Bukit Tinggi dan persimpangan Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas.

Selain itu melibatkan Taman Sentosa (Jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang, Kampung Delek (Bersebelahan Restoran Aishah).

Jalan yang ditutup sebelum ini adalah di kawasan iaitu Bukit Tinggi meliputi Jalan Batu Unjur 9, jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn. Bhd dan Lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

Empat lagi jalan ditutup adalah di Taman Sri Andalas merangkumi berhadapan Masjid Ar- Rahimiah, Jalan Sri Siantan dan Sri Siantan 41 serta Jalan Sri Damak 53. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI