fbpx

Terima kasih APM bantu Maimon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD TURMADZI MADUN, PENGARANG BERITA KOSMO.

Selain bertanggungjawab melaporkan berita berkaitan kepentingan pengguna, akhbar ini juga seolah-olah menjadi orang tengah kepada golongan orang susah.

Tidak kira sama ada miskin atau sakit. Berita mengenai mereka yang memerlukan pertolongan akan kami siarkan sebagai salah satu ibadah demi memudahkan urusan orang lain.

Sedar atau tidak logo Kosmo! Prihatin telah mula kami gunakan sejak minggu lalu. Itu menandakan yang pihak kami amat prihatin kepada mereka yang terdesak untuk mencari bantuan.

Kami bukanlah sehebat Ustaz Ebit Lew yang mampu mencari dan membayar sewa bulanan untuk rumah orang susah, namun kami menggunakan cara kami yang tersendiri untuk sama-sama dalam medan ini.

Kegembiraan pada kami ialah apabila berita yang kami siarkan mendapat reaksi pihak tertentu yang terus membuat lawatan untuk membantu orang susah.

Ia pahala yang berterusan. Alhamdulillah.

Sebagai contoh, laporan berita mengenai kesukaran hidup Maimon Yunus, 61, yang kudung kaki kiri bersama 13 anak dan cucunya di Kuala Nerus, Terengganu pada bulan lalu mendapat perhatian pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pada hari kedatangan anggota dan pegawai APM ke rumah Maimon, kami di Jabatan Pengarang Kosmo! turut bergembira apabila ada pihak yang sudi meringankan beban Maimon hasil daripada laporan tersebut.

Ternyata, apa yang kami niatkan ditambah pula dengan logo baharu tersebut mampu menjentik hati-hati orang yang ikhlas menginfakkan sedikit wang ringgit mereka untuk disumbangkan kepada Maimon.

Bukan mahu meninggi diri tetapi sekadar menceritakan nikmat yang dikurniakan kepada kami. Sepanjang penerbitan kami sejak 2004 (sebelum ditutup pada 31 Oktober 2019 dan diterbitkan semula pada 15 Julai lalu) tidak terkira rasanya manfaat yang telah diterima hasil daripada penulisan wartawan-wartawan Kosmo!.

Jika ramai mempunyai rasa prihatin yang ditunjukkan oleh APM itu, kemungkinan sejumlah 405,441 orang miskin yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208 seperti yang digariskan oleh Jabatan Perangkaan pada bulan lalu akan dapat diatasi.

Bagaimanapun, di sebalik kebaikan pasti akan ada watak jahat yang muncul untuk mengambil kesempatan.

Terdapat percubaan pihak tertentu yang menggunakan nama Kosmo! untuk menipu orang ramai melalui kutipan derma.

Mereka ini sanggup menggunakan gambar kanak-kanak sakit kronik demi meraih simpati netizen supaya menghulurkan wang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI