fbpx

Sentuhan Mount benam Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (kiri) muncul wira England apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Belgium awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pemain tengah England, Mason Mount mengakui gembira apabila meledak gol kemenangan buat pasukan itu ketika menang 2-1 ke atas Belgium pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Wembley awal pagi semalam.

Belgium terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku, namun skuad The Three Lions bangkit dengan dua gol sumbangan Marcus Rashford dan Mount.

Lebih manis, jaringan itu adalah gol pertama Mount bersama England selepas kali terakhir melakukannya November tahun lalu ketika membelasah Kosovo 4-0.

“Satu pencapaian yang menakjubkan apabila berjaya jaring­kan gol pertama di Wembley. Saya memiliki ruang yang cukup banyak dan tidak menunggu lama untuk lakukan percubaan.

“Saya tahu gol tersebut hasil tampanan daripada pemain pertahanan Belgium tetapi saya tetap gembira kerana berjaya bantu pasukan catat kemena­ngan,” ujar Mount.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate me­ne­­gaskan, Mount tidak menerima penghargaan yang sewajarnya daripada penyokong England meskipun menampilkan aksi terbaik buat pasukan tersebut.

“Dalam perlawanan bola sepak, anda perlukan seorang pemain yang mampu menyerang dan bertahan. Mount ada ciri-ciri tersebut, namun dia tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada penyokong sendiri,” kata beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI