fbpx

Santos akui Portugal gagal beraksi baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kanan) yang mengetuai jentera penggempur Portugal gagal merobek gawang Perancis pada aksi awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Portugal terpaksa menerima hakikat gagal menumbangkan skuad juara Piala Dunia 2018, Portugal apabila sekadar seri tanpa jaringan pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stade de France awal pagi semalam

Bagaimanapun, ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos mempunyai pandangan berbeza apabila meluahkan kekecewaan terhadap barisan pemainnya yang dilihat gagal beraksi pada tahap sebenar.

“Saya menjangkakan perlawanan yang rancak dan sengit antara kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan berdasarkan status kami sebagai juara Eropah dan Perancis pula juara Piala Dunia.

“Namun, sebaliknya berlaku apabila kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati sepanjang perlawanan ini. Gaya permainan juga tidak begitu agresif dalam usaha mencari gol.

“Saya mahu melihat krea­tiviti terutama daripada pasukan sendiri tetapi ia tidak berlaku. Kedua-dua pasukan lebih ba­nyak bermain di bahagian ­te­ngah,” ­katanya.

Walaupun berakhir de­ngan keputusan seri, sekurang-kurangnya Portugal masih berjaya memastikan Perancis gagal membalas dendam terhadap kekalahan mereka sewaktu final Kejohanan Euro 2016.

Selepas ini, Portugal yang mendahului carta Kumpulan A3 akan mengharungi aksi seterus­nya pada Khamis ini menentang Croatia yang berjaya menewaskan Sweden 2-1 menerusi dua gol daripada Nikola Vlasic dan Andrej Kramaric. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI