fbpx

Ronaldo positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO terpaksa digugurkan daripada kem latihan Portugal selepas bintang Juventus ini didapati positif wabak Covid-19.

LISBON – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo disahkan positif wabak pandemik Covid-19 ketika menjalankan tugasnya bersama skuad antarabangsa Portugal.

Ia menyaksikan Portugal tidak dapat menggunakan khidmat penyerang sensasi berusia 35 tahun itu menjelang aksi Kumpulan A3 Liga Negara-Negara Eropah menentang Sweden di Stadium Jose Alvalade pada awal pagi Khamis ini.

“Cristiano Ronaldo digugurkan daripada skuad antarabangsa Portugal selepas positif Covid-19. Ia bermakna Ronaldo tidak akan bermain menentang Sweden.

“Ronaldo tidak menunjukkan sebarang simpton dan berada dalam keadaan baik. Kini dia perlu dilepaskan daripada pasukan untuk menjalani kuarantin.

“Keputusan ujian semua pemain lain adalah negatif dan mereka semua boleh turun menjalani latihan dengan skuad bimbingan Fernando Santos hari ini,” menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Portugal.

Situasi itu menyaksikan pemenang lima Ballon d’Or tersebut, terus kempunan untuk menjaringkan gol bersama Portugal dalam dua aksi antarabangsa terakhir ketika seri tanpa jaringan dengan Sepanyol dan Perancis baru-baru ini.

Kali terakhir bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu meledak gol buat Portugal ketika merakam dua jaringan membantu negara tersebut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sweden bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI