fbpx

Penjara Reman Pulau Pinang dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh NOR IDAYU BOSRO dan SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarters penjara reman negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi pelaksanaan PKPD itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan secara bersasar kepada kira-kira 2,300 banduan penjara terbabit sepanjang tempoh PKPD.

“PKPD ini juga turut melibatkan 304 kakitangan penjara yang tinggal di dalam kuarters dan kira-kira 200 kakitangan penjara di luar kuarters,” katanya pada sidang akhbar di Facebook Live Kementerian Pertahanan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam berkata, Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif sebanyak 141 kes yang kesemuanya daripada Kluster Penjara Reman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI