fbpx

Operasi pasar harian di Simpang Renggam dihentikan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu pasar pagi di Simpang Renggam yang bakal terjejas akibat arahan penutupan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) yang berkuat kuasa esok berikutan penularan Covid-19.-Foto MOHAMAD FAHD RAHMAT

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengarahkan semua operasi pasar harian di bandar ini dihentikan berkuat kuasa esok berikutan penularan pandemik Covid-19.

Yang Dipertua MDSR, Mohamad Sukry Abd. Rahim berkata, penutupan itu membabitkan pasar pagi, pasar malam dan pasar tani.

Jelasnya, tempoh penutupan sementara operasi bergantung kepada perkembangan dan tahap penularan wabak yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Pasar harian yang ditutup operasinya adalah Pasar Kompleks Industri Kecil Sederhana (IKS) di Simpang Renggam, Pasar Bukit Keremoi (Machap) dan Pasar Jalan Puteri (Pekan Layang-Layang).

“Turut ditutup operasinya adalah Pasar Jalan Lingkaran 3 (Taman Sri Lambak); Pasar Jalan Stesen (Renggam) dan semua pasar tani kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Simpang Renggam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semua peniaga dikehendaki memberhentikan sementara aktiviti jualan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Tegas beliau, sekiranya peniaga ingkar pemilik lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Menurutnya, arahan itu selaras dengan peruntukan kuasa kepada MDSR mengikut Seksyen 72(1)(f) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171.

“Pemakluman dan arahan ini dikeluarkan dari semasa ke semasa dan akan dipinda tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada pihak kerajaan negeri,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI