fbpx

Moratorium automatik perlu dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia) menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambung semula moratorium automatik untuk semua jenis pinjaman dari bank dan institusi kewangan di bawah Bank Negara.

Presidennya, Agil Faizal Ahmad Fadzil berkata, ia perlu dikuatkuasakan serta-merta sehingga Januari 2021 sehubungan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dan Lembah Klang.

Jelasnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, PKPB akan membantutkan perjalanan dan aktiviti perniagaan sehingga mengakibatkan kerugian serta masalah aliran tunai buat peniaga, syarikat dan pekerja.

“Moratorium automatik dilihat sebagai penyelamat paling pantas dan berkesan kepada semua kerana beberapa faktor, antaranya aliran tunai yang dapat dijimatkan melalui moratorium dapat digunakan untuk membeli keperluan harian.

“Lebihan wang tunai boleh merancakkan pasaran pelaburan seperti unit amanah, emas dan bursa saham yang ternyata telah dibantu pedagang runcit ketika pelaksanaan moratorium.

“Selain itu, ia dapat merancakkan semula ekonomi domestik setelah PKPB tamat manakala institusi perbankan tidak melaporkan kerugian, malah mencatatkan keuntungan ketika moratorium berjalan sebelum ini,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Menurut Agil, bagi berlaku adil kepada institusi perbankan, moratorium automatik hanya patut diberi kepada pinjaman yang dibuat sebelum Februari 2020 dan bukan kepada pinjaman baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI