fbpx

Ku Li menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Li dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 2.43 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pagar dua menaiki sebuah kenderaan jenis Mercedes pada pukul 2.43 petang.

Beliau bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya bagi menjawab pertanyaan wartawan.

Pagi tadi, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Istana Negara pada pukul 11 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memberi keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI