fbpx

Kertas siasatan dirujuk Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Tindakan mahkamah terhadap pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan di Taman Pelangi di sini sehingga menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut hanya akan dibuat selepas kertas siasatan diteliti oleh Pejabat Peguam Negara (PPN).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah diserahkan kepada Pejabat Perundangan Negeri Johor (PPNJ) di Kota Iskandar, di sini sebelum diserah kepada PPN.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke AGC Pejabat Peguam Negara, selepas diteliti, baru keputusan untuk mendakwa suspek akan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Deputi Superintenden Zamri Shariff memberitahu, pihaknya ada membuat cadangan kepada pihak pendakwaan supaya tertuduh didakwa di bawah seksyen baharu.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau enggan mengulas lanjut.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu pemandu, Honda Accord, Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian setelah dirempuh kenderaan Perodua Myvi dipandu wanita berusia 23 tahun.

Pemandu itu diberi jaminan polis selepas siasatan selesai dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu.

Wanita itu juga didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing selain tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI