fbpx

Kadar pengangguran bulan Ogos kekal pada 4.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 80 peratus daripada jumlah kese­luruhan penganggur seramai 741,600 pada bulan Ogos dikate­gorikan sebagai penganggur aktif.

Menurut Laporan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, sebanyak 9.4 peratus atau 58,000 orang daripada jumlah berkenaan pula berada dalam pengangguran jangka panjang selama lebih daripada setahun.

“Kumpulan yang tidak aktif atau kumpulan pasif me­nganggur yang dipercayai tiada pekerjaan pada bulan tersebut meningkat 0.3 mata peratus kepada 126,500 orang pada bulan Ogos berbanding 124,900 orang pada Julai 2020,” katanya di sini semalam.

Laporan berkenaan menjelaskan, kadar pengangguran untuk bulan Ogos lalu kekal pada 4.7 peratus.

Jelasnya, bilangan penganggur turun secara marginal bulan ke bulan sebanyak 3,500 orang iaitu 741,600 pada Ogos berbanding 745,100 pada Julai.

Selain itu, menurut laporan berkenaan, dari segi kumpulan umur pula, kadar pe­ngangguran belia sentiasa lebih tinggi daripada kadar keseluruhan dan orang dewasa.

“Bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun, kadar pengangguran turun 0.2 mata peratus berban­ding Julai kepada 13.7 peratus.

“Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun menurun kepada 8.9 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI