fbpx

Econsave nafi cawangan Taman Scientex ada kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

Maklumat yang tular melalui media sosial adalah palsu

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan pasar raya Econsave Cash & Carry (Econsave) menafikan mengeluarkan kenyataan supaya pelanggan yang berkunjung ke cawangan Econsave Taman Scientex, Masai tampil membuat ujian Covid-19.

Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pihaknya tidak pernah membuat pengumuman melalui pembesar suara di cawangan terbabit berhubung kes jangkitan virus berkenaan seperti maklumat yang tular di media sosial.

“Hari ini pihak kami mendapat maklumat yang tular di media sosial yang menyatakan Econsave Taman Scientex, Masai, Pasir Gudang membuat pengumuman supaya pelanggan membuat ujian Covid-19 ke Klinik Kesihatan Masai dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghubungi setiap pelanggan yang hadir.

“Econsave menafikan ada kes jangkitan Covid-19 di cawangan itu dan pelanggan tidak perlu khuatir untuk berbelanja selain perlu mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mas Imran berkata, pihaknya kesal dengan penyebaran maklumat palsu itu dan telah membuat laporan polis di Taman Scientex, Masai.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI