fbpx

Dicekup ketika sedang hisap dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
11 peket dadah masing-masing jenis syabu dan heroin yang dirampas dari sebuah rumah yang menjadi sarang penagihan tujuh lelaki di Sekinchan, semalam.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SABAK BERNAM – Sekumpulan tujuh lelaki yang leka menghisap dadah hanya mampu terkedu apabila ‘port’ mereka di sebuah rumah kosong di Sekinchan di sini diserbu pihak berkuasa, semalam.

Serbuan pukul 3.55 petang menahan kesemua suspek berusia 27 hingga 41 tahun yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, operasi tersebut hasil risikan dan maklumat awam sejak sebulan lalu terhadap rumah itu yang menjadi sarang penagihan dadah.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati lokasi tersebut merupakan sebuah rumah kosong yang ditinggalkan oleh bapa angkat salah seorang suspek.

“Hasil pemeriksaan menemui 11 peket dadah disyaki dadah jenis heroin seberat keseluruhan 46.15 gram

“Kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis morfin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Agus, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau dengan seorang daripadanya terlibat dalam jenayah pecah rumah, curi kenderaan dan pernah menjalani hukuman penjara hampir lima tahun sebelum ini atas kesalahan tersebut.

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seskyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI