fbpx

Ciapan ‘darurat’ empat negeri palsu -KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan guna nama Noor Hisham yang disahkan palsu oleh KKM

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang maklumat tidak sahih susulan penularan mesej palsu di laman sosial mengenai pengisytiharan darurat di beberapa buah negeri.

KKM menerusi hantaran di Facebook dan Twitter itu memaklumkan kenyataan palsu sedemikian boleh menyebabkan kekeliruan pada orang ramai.

“Kenyataan ini tidak dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah,” katanya.

Mesej palsu yang menggunakan platform Twitter itu memaparkan empat negeri atau kawasan dikenakan perintah darurat iaitu Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Pinang dan Selangor.

Hantaran palsu itu didakwa menggunakan akaun Twitter, @DGHisham.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI