fbpx

Bekas CEO didakwa pecah amanah RM31.6juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chor Siong, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah bernilai RM31.6juta.

SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Cuscapi Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah membeli 20,000 unit tablet yang membawa kerugian USD7608308.34 (RM31.6 juta), empat tahun lalu.

Tertuduh, Her Chor Siong, 48, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dengan curangnya telah membeli 10,000 unit Rev Industrial Tablet Type CX 1000-A102S dengan kadar USD582 (RM2,418.21) bagi setiap unit tanpa mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Cuscapi Berhad yang mana perbezaan kenaikan harga iaitu USD301(RM1,250.65) bagi setiap unit berbanding harga asal USD281(RM1,167.56)

Perbuatan tertuduh telah menyebabkan kerugian sebanyak USD1,218,525.34 (RM506, 1399.12) ke atas pembelian tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Tingkat 1, Peremba Square Saujana Resort pada 4 Oktober 2016.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dengan curangnya telah membeli 10,000 unit tablet yang sama dengan kadar sama bagi setiap unit tanpa mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Cuscapi Berhad yang menyebabkan kerugian sebanyak USD6,389,783 (RM26,549,548.37) ke atas pembelian tersebut.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di lokasi sama antara 1 Oktober 2016 dan 9 April 2018.

Justeru, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda bagi setiap pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan akta, sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Allan Suman Pillai dan Maziah Mohaidi menawarkan wang jaminan RM500,000 dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Peguam Rueban Kumar mewakili tertuduh bersetuju dengan tawaran pihak pendakwa namun membantah pasport anak guamnya ditahan ke mahkamah berikutan tertuduh sentiasa beri kerjasama dan tidak berisiko melarikan diri.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah dengan tarikh sebutan semula pada 27 November. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI