KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 11 pagi ini.
Suasana di pintu istana ketika ini dipenuhi petugas media yang menunggu ketibaan Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Kosmo! hari ini melaporkan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, agenda pertemuan itu bagaimanapun bukan berhubung Anwar mempersembahkan sokongan ahli parlimen yang beliau peroleh kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Ahmad Fadil, perjumpaan itu adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong oleh Anwar yang mendakwa dirinya Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini.
“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen, tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan Ahli Parlimen, boleh serahkan,” katanya.-K! ONLINE