fbpx

6,301 calon SPMU boleh semak keputusan mulai 19 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 6,301 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2020 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu yang akan dikeluarkan pada 19 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, calon akan memperoleh keputusan melalui pos atau boleh mendapatkan slip keputusan di Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada hari tersebut bermula pukul 10 pagi dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang, 26 Oktober depan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Pada peperiksaan SPMU 2020, seramai 6,301 pelajar mendaftar untuk menduduki peperiksaan di 193 pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 1,445 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Tiga mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan SPMU iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI