fbpx

446 ingkar PKPP, 212 tak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Seramai 446 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tangkapan paling tinggi membabitkan kegagalan memakai pelitup muka (212).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (85), penjarakan fizikal (72), majlis persendirian (32), aktiviti perjudian (23), langgar perintah PKPB (19), aktiviti dalam kelab malam (lima), ingkar Perintah Kuarantin (dua) dan aktiviti pusat hiburan (satu).

“Daripada jumlah itu, seramai 407 individu telah dikompaun dan 37 lagi direman,” katanya pada sidang akhbar di Facebook Live Kementerian Pertahanan.

Ismail Sabri berkata, seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong ditahan dalam Operasi Benteng selain turut dirampas 10 buah kenderaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 47,068 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga 12 Oktober dan ditempatkan di 85 stesen kuarantin yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, seramai 9,524 individu menjalani proses kuarantin wajib manakala 381 lagi telah dihantar ke hospital.

Sementara itu, sebanyak 18 operasi sanitasi meliputi tiga zon merah, dua zon kuning dan enam zon hijau membabitkan enam negeri dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sebanyak lima operasi di Sabah, Pulau Pinang (empat), Sarawak (tiga) serta masing-masing satu di Terengganu, Perlis dan Melaka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI