fbpx

Tiga beranak tinggal dalam bangsal dapat perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Shahbudin (dua dari kanan) bertanya khabar S.Letchumi (dua dari kiri) dan suaminya, M.Nagaraj (kiri) di dalam bangsal khemah di tapak rumah mereka yang terbakar di kawasan tanah berhampiran Stesen KTMB Klang. FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Kesusahan tiga beranak yang terpaksa tinggal di dalam bangsal khemah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang disiarkan Kosmo! hari ini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd, Zawawi Ahmad Mughni.

Menurut Mohd. Zawawi, pihaknya sedang menyelaras bantuan terutama berkaitan rumah agar S. Letchumi, 28 dan suaminya, M. Ngaraj, 38, dapat tinggal dengan selesa bersama enam anaknya berusia enam hingga 15 tahun.

Katanya, bantuan itu diselaraskan dengan kerjasam pejabat Parlimen Kota Raja, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Sejak menerima berita tentang keluarga itu, kita sedang berusaha menyediakan bantuan sepatutnya agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan sebaiknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatApps di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan nasib malang menimpa tiga beranak yang diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa menginap di bangsal khemah selepas kehilangan tempat berteduh sejak Ogos lalu akibat satu kebakaran.

Lima anak daripada pasangan suami isteri terpaksa ditempatkan di rumah perlindungan sekitar daerah Klang manakala anak bongsunya berusia enam tahun tinggal bersama Letchumi dan Ngaraj di bangsal khemah tersebut yang dibina di tapak asal rumah yang terbakar itu.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanik, Datuk Nor Shahbudin Monil menegaskan pihaknya bersama Persatuan Kebajikan Suara Rakyat Selangor (SPV) sedang menguruskan sebuah rumah transit dengan MPK bagi keluarga tersebut.

“Apabila kelulusan sudah diterima mereka akan berpindah, dan pihak kami akan berurusan dengan pihak lain bagi menyediakan barang keperluan rumah,”katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI