fbpx

Tempah kucing eksotik tetapi dapat anak harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan seekor anak harimau Sumatera. – EPA

PARIS – Sepasang kekasih di Perancis terkejut menerima se­ekor anak harimau selepas membuat pembelian kucing eksotik jenis Savannah pada harga 6,000 euro (RM29,370) secara online, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Pasangan yang identiti mereka tidak didedahkan itu menetap di bandar pelabuhan Le Havre, wilayah Normandy.

Mereka me­nempah kucing eksotik itu selepas menonton iklan mengenainya di internet.

Kucing Savannah ialah haiwan peliharaan yang dibiak melalui kacukan kucing Serval dan ku­cing biasa. Kucing Serval hidup di Afrika.

Pasangan itu berkata, mereka cuma menyedari kucing Savannah yang diterima sebenarnya adalah anak harimau Sumatera berusia tiga bulan selepas beberapa hari memeliharanya.

Mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada polis.

Kucing Savannah dibenarkan dipelihara oleh orang awam. Bagaimanapun, spesies harimau adalah dilindungi di bawah Konvensyen Antarabangsa Perdagangan Spesies Terancam Flora dan Fauna (CITES).

Kes itu diketahui media selepas pihak pendakwa raya menyiapkan laporan mengenainya pada minggu lalu walaupun anak harimau itu dirampas pada September 2018.

Harimau Sumatera biasanya berasal dari Indonesia. Bagaimana­pun, polis belum memperoleh maklumat berhubung asal usul anak harimau itu.

Anak harimau itu berada dalam keadaan baik dan diserahkan kepada Pejabat Biodiversiti Perancis sebelum dipindahkan ke sebuah lokasi rahsia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI