fbpx

Solskjaer mula hitung nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER berdepan tekanan memuncak apabila United gagal memulakan musim dengan baik apabila tewas dalam dua daripada tiga perlawanan awal. – AFP

MANCHESTER – Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dilaporkan tidak mempunyai masalah ataupun teragak-agak untuk memecat pengurus pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer jika prestasi The Red Devils terus merudum.

Biarpun ia akan menjadi satu keputusan yang getir memandangkan Solskjaer masih dianggap sebagai hero pasukan itu selepas menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Bayer Munich untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 1999.

Bagaimanapun, laporan menyebut Woodward akan ‘melupakan’ seketika sentimen ber­kenaan bagi memastikan masa depan dan prestasi kelab itu berada pada landasan yang betul.

Prestasi United dalam tempoh beberapa minggu akan datang bakal menjadi detik penting karier Solskjaer di Old Trafford ketika bekas pengendali Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino dikatakan masih menjadi pilihan mengemudi The Red Devils.

Pochettino ketika ini masih belum membimbing mana-mana kelab selepas 11 bulan dipecat oleh Spurs dan menjadi pilihan utama sekiranya Solskjaer terpaksa meninggalkan United.

Sumber mendedahkan bahawa jurulatih berusia 48 tahun dari Argentina itu sudah menolak beberapa tawaran dan dipercayai sedang menanti ‘projek terbaik’ dalam meneruskan karier kejurulatihannya ke tahap yang lebih tinggi.

Ia dianggap sebagai satu isyarat bahawa Pochettino akan kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama United dan yakin kelab itu mampu melonjak prestasinya sebagai pengurus.

Kedudukan Solskjaer ketika ini agak goyah apabila United tewas dua daripada tiga perlawanan termasuk diaibkan dengan kekalahan 1-6 kepada Spurs sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI