fbpx

Sekolah tutup libatkan 1.7 juta pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,797 buah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

KPM dalam satu kenyataan berkata, penutupan institusi pendidikan itu melibatkan 1.7 juta murid dan pelajar.

Menurut kenyataan itu, penutupan institusi pendidikan itu melibatkan 935,984 murid dan pelajar di negeri Selangor termasuk sekolah-sekolah di mukim Klang dan Petaling yang telah ditutup lebih awal.

“Bermula Rabu ini hingga 27 Oktober penutupan juga melibatkan 344 buah institusi pendidikan di Kuala Lumpur serta 29 buah institusi pendidikan di Putrajaya yang masing-masing membabitkan 254,639 dan 31,917 murid.

“Sementara di Sabah, penutupan institusi pendidikan melibatkan 1,336 buah premis melibatkan sejumlah 511,349 pelajar bermula esok hingga 26 Oktober depan,” katanya.

Katanya, ini termasuk institusi yang telah ditutup di daerah-daerah yang dikenakan PKPB di Sabah sebelum ini.

Institusi pendidikan yang terlibat di keempat-empat negeri itu termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Penutupan itu juga akan melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM yang mempunyai asrama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI