fbpx

PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR IDAYU BOSRO dan MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 27 Oktober depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB itu selepas mengambil kira peningkatan dan penularan kes Covid-19 yang berlaku seperti di Klang dan di Gombak serta dearah-daerah lain.

“Pergerakan keluar masuk merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan,” katanya pada sidang akhbar di Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI