fbpx

Perolehan PPE secara darurat di Sabah diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

PUTRAJAYA – Permohonan perolehan peralatan pelindungan peribadi (PPE) secara darurat di Sabah diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) di peringkat pusat bagi memastikan keperluan barisan petugas kesihatan di negeri itu sentiasa mencukupi dalam memerangi pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keperluan perolehan bekalan PPE sememangnya dipantau rapat pada peringkat fasiliti negeri dan pusat dengan menggunakan pangkalan data pusat.

“KKM sememangnya akan terus memantau keperluan PPE dan buat masa ini bekalannya adalah mencukupi di seluruh hospital termasuk di Sabah. Pemantauan stok di semua hospital adalah penting.

“Peringkat pusat juga telah meluluskan perolehan PPE secara darurat, dan ini akan menambah keperluan PPE di Sabah,” katanya pada sidang akhbar secara maya menerusi Facebook Live KKM hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 19 jenis PPE dan stok bagi kesemua PPE tersebut mencukupi untuk penggunaan antara dua hingga tiga bulan.

“Dari segi pengagihan logistik, kalau ada kekurangan kita akan melaksanakan pengagihan secepat mungkin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI