fbpx

Pemandu Vios parah kereta rempuh kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai serbenaka di Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru yang dirempuh kereta Toyota Vios pagi tadi.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu Toyota Vios cedera parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas melanggar kedai serbaneka yang berada di sebelah kiri jalan di Jalan Abdullah Tahir, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pukul 3.40 pagi, lelaki berusia 25 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan Abdullah Tahir menghala ke Jalan Tebrau.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam berkenaan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Toyota Vios telah mengalami kecederaan parah dan masih menerima rawatan di wad unit penjagaan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, kesan pelanggaran tersebut menyebabkan kedai serbaneka berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Bagaimanapun beliau berkata, semasa kejadian itu berlaku, hanya seorang sahaja pekerja berada di kedai tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan masih dijalankan terhadap lelaki tersebut sama ada dirinya memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun tidak.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Sek. 43(1) APJ 1987 kerana memandu dengan tidak cermat di peringkat awal,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI